Perubatan Kulinari Untuk Warga Emas
Perubatan kulinari membawa satu mesej yang jelas: makanan ialah asas kesihatan, dan dapur ialah ruang intervensi yang paling dekat dengan kehidupan harian. Pendekatan ini bukan sahaja berasaskan bukti, tetapi juga meraikan budaya, citarasa, dan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Ia menghubungkan sains pemakanan dengan kemahiran memasak yang mudah diamalkan, menjadikannya relevan untuk warga emas, penjaga, keluarga, dan komuniti. Buku ini disusun dengan teliti oleh tiga pakar dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Ng Ai Kah, dan Dr Siti Idayu Hasan, yang telah lama berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, pemakanan, dan pendidikan komuniti.
Currently No Review